Wednesday, 23 December 2015

hope

Assalamualaikum

salah ke kalau aku berharap ? tak . besar ke sebuah pengharapan ? ya tapi nampak kecik pada mata orang yang tak pernah nak faham .

aku harap aku tak salah pilih . dan tolong jangan buat aku rasa aku dah salah pilih . sayang ? yes , i've already love you and thats why aku taknak ada perasaan yg aku dah tersalah jalan .

jalan yang aku pilih aku harap bukan satu lorong yang terus membawa aku kepada kedukaan . aku harap kau mampu pimpin aku ke lorong kebahagiaan .

aku dah penat menangis . dan aku taknak terus mengalirkan titik air mata . sebab aku sayang kau .

selamat malam sayang .

231215
2235 pm

Sunday, 22 November 2015

sayang ..

Assalamualaikum ...

Hurmm .. berat hati ni . Rasa semacam sejak sampai rumah . Tak tau lh kenapa . Air mata ni laju semacam je mengalir . Rindu masa-ii jadi diri sendiri dulu .

KYF .. The place where i learnt about love . The place where i learnt about honesty . The place where i learnt about relationship . The place where i've found myself . The truly myself .

KYF .. within three months , segala suka duka bahagia dan derita aku alami . dalam tempoh sesingkat tu , macam macam aku pelajari , yg akhirnya buat aku sedar siapa sebenar aku .

KYF .. tempat aku menangis , menjerit , ketawa bahak bahak dan macam macam lagi . kat sana aku paham whats does it mean by relationship . aku belajar disayangi dan menyayangi .

tapi sayang .. kenapa selepas aku melangkah keluar dari sana , aku tak berjaya bawa apa yg aku capai disana ? kenapa aku tak boleh jadi diri sendiri disini ? setiap tawa aku rasa kn bagai ada tangisan disebalik nya . disetiap senyuman aku rasa racun . kenapa ketawaku hanya pura pura ?

KYF .. I MISS U DAMN MUCH .

love ,
izzatul amira ..
(221115) 1853

Thursday, 12 November 2015

Book Review #1 Signal Hati

Assalamualaikum ...

Lama dah tak tulis entry dalam blog kesayangan ni . Maklum la sejak jadi student ni busy manjang ! Busy pergi class , busy siapkan assignment , busy berjalan cuci mata . opps ! haha .

Actually mata ni rasa berat . Dari tadi nak tidur tak dapat semata sebab nak habiskan novel yang aku baru beli haritu . Sungguh gigih seorang Izzatul Amira ni . haha !

Memandangkan dah habis baca , so aku nak review sikit lah pasal novel ni . So far , this is one of novels yang aku baca tak ada watak orang ketiga dalam dia . So interesting !

Novel ni mengisahkan pasal sorang girl ni . Nama dia Siti Qaisara . Tersangatlah kasar , panas baran . Macam orang jantan lah perangai dia . Dia ada sorang sepupu nama Naqib and sorang sahabat baik nama Anas . Qaisara dan Naqib tersangatlah tak sebulu . Asal berjumpa mesti berperang . One day tu tanpa kerelaan hati dia terpaksa dikahwinkan dengan Anas disebabkan satu kejadian yang dia sendiri tak sangka boleh berlaku .

Tapi jodoh mereka tak panjang . Anas dan Qaisara akhirnya bercerai . Tak lama lepastu Naqib ambil keputusan untuk jadikan Qiasara sebagai isteri . Pelik kan macam mana musuh ketat boleh jadi suami isteri ? Kenapa Naqib buat keputusan nak kahwin dengan Qaisara ? Qaisara terima ke musuh ketat dia sejak kecil tu jadi suami dia ? Boleh ke mereka tinggal sebumbung ? Haa kalau nak tahu cepat dapatkan novel ni dekat kedai buku berhampiran sebelum terlambat . *dah macam promoter pulak*

Penulis lebihkan nilai kekeluargaan dan persahabatan dalam tulisan dia . Congrats to the writer sebab berjaya ubah emosi aku dalam sekelip mata ! Sekejap menangis lepastu gelak sensorang . Lepastu pulak boleh tersengih . haha !

Aku nak share sikit antara dialog yang suka dalam novel ni .
" Macam tak ada tempat lain yang kau nak lepak. Kat sini jugalah kau nak menyibuk! Semak tau tak? " - Qaisara
"Kau jangan terkejut kalau aku akan terus kacau kau seumur hidup! " - Naqib

First time aku jumpa novel ni kat MPH dekat NU Sentral . Memang hati dah tergerak nak beli tapi tahan sebab esok tu aku nak pergi KLCC . So , aku decide beli kat sana jela . Tup tup , bila pergi Popular kat KLCC pekerja tu kata dah takde stok . Pergh memang menyesal sebab tak beli dekat NU .

Kebetulan hari Isnin haritu aku pergi NU . Ha ! Dah ada chance terus ajak member singgah MPH . Nampak je novel ni terus sambar . Pergh tinggal sebuah je ! Nasib cepat . Fuh lega !

Bila dah baca memang rasa tak rugi lah beli . Fyi , novel nie baru je keluar bulan ni . Memang baru sangat . Novel ni kelima penulis ni , Sha Ibrahim.

Tersangatlah puas hati !

See you soon . Bye

Saturday, 12 September 2015

Aku Rindu !

ASSALAMUALAIKUM 


aku rindu hangat nya dakapan wanita itu
aku rindu kasih sayang tidak terhingga dari insan kesayangan kami
aku rindu belaian manja darinya
aku rindu indahnya meluangkan waktu bersamanya
aku rindu menatap kedut di wajahnya
aku rindu merasai tiap titis air tangannya
aku rindu gelak tawanya
aku rindu senyum manisnya
aku rindu segala ppesanannya 

sungguh .. jika aku diberi beberapa pilihan , satu darinya aku ingin diberi kesempatan untuk mendakapnya erat-erat sebelum aku benar-benar mampu membiarnya pergi . 
ingin ku dakap tubuh tua itu sehingga rasa rindu tidak berkesudahan ini hilang . 

namun .. yang mampu aku tatapi saat ini hanya beberapa keping gambar dan kain batik peninggalannya yang menjadi peneman dikala kelam . 

sayang .. pergi mu tiada berganti . kau ibarat seorang ibu yang telah berjaya mendidik dan mendewasakan ku hingga tika ini . sungguh .. rasa rindu ini terhadapmu tidak pernah surut dari hatiku . selagi nafas masih ku hela , selagi kaki masih teguh berdiri .. sungguh rasa rindu ini tetap setia untuk mu . 

meski coretan demi coretan ku reka khas untuk mu , ia masih tidak bisa memadam api rindu yang membakar jiwa ku tika ini . meski berbulan mahupun bertahun kau pergi , aku akan tetap merinduimu . aku masih mahu menatap wajah tua mu .

meski tanah merah itu menjadi penghalang antara kita , rasa kasih yang tidak berpenghujung ini tidak akan pernah padam . saat aku pulang ke desa , wajah mu yang sering menanti dan menyambutku di muka pintu . namun kini .. tiada lagi senyuman dan hangat nya dakapan mu .

kejayaan dan kegembiraan yang ku kecapi saat ini ingin ku hadiahkan untukmu .. insan yang telah menyedarkan aku betapa pentingnya kebahagiaan sebuah keluarga . 

sayang .. engkau tidak berkesempatan untuk melihat wajah lelaki yang bakal menjadi raja dihati ku . lelaki yang telah ditakdirkan untuk memimpin ku kejalan Ilahi . lelaki yang dipertanggungjawabkan untuk menggalas segala dosa ku . namun .. aku yakin engkau pastinya akan menjadi insan yang paling bahagia saat hari itu menjelang tiba . 

sayang .. bersemadilah engkau dengan tenang di sana . di sini .. aku akan selalu mendoakan mu . aku akan selalu merindui dan mengingatimu . aku redha atas segala ketentuan ini meski aku sedar aku didalam kantung mimpi yang tidak berpenghujung . 

sayang .. semoga jannah menjadi istana mu .. 

What it should ...

ASSALAMUALAIKUM 

jemari menari di atas papan keyboard di pagi hari yang indah . jerebu ? hurm , it seems really hard to stop . dengan bencana yang berlaku di Mekah lewat malam tadi . subhanallah .. sesungguh nya perancangan Allah tiada siapa dapat menduga nya . al-Fatihah ...

alhamdulillah .. selesai sudah perjuangan di bulan yang sudah . sungguh , tidak di sangka aku mampu untuk bertahan hingga ke hari ini . dengan rintangan dan dugaan yang silih berganti, hanya Allah yang mengetahui . hari demi hari kini aku masih teguh berdiri di atas tanah pinjaman Illahi dan di payungi langit indah ciptaan Nya.


Allah .. sungguh kami lemah tanpa pegangan dan bimbingan Mu . terus pimpin kami ke jalan yang KAU redhai dan rahmati Ya Rabb . kami lemah tanpa sebarang bantuan dan bimbingan Mu . 

Ya Rabb .. terima kasih di atas segala nikmat yang dicurahkan . sungguh , aku malu untuk terus meminta nikmat demi nikmat daripada Mu sedang aku lalai dalam mengerjakan perintah Mu . Allahu .. aku rindu pada Mu Ya Rabb . rasa rindu yang tidak pernah berpenghujung .. 

Allah .. syukran di atas segala nikmat Mu . syukur , kerana Engkau tidak sesekali membiarkan aku sendiri meniti hari-hari di bumi Mu . syukur .. meski engkau telah mengambil wanita paling aku sayang , wanita yang ku anggap seperti ibu ku sendiri , wanita yang sering berpenat lelah menjaga dan merawati aku kala aku kesakitan . perit .. sungguh perit untuk aku menerima segala ketentuan Mu . namun .. aku redha dan pasrah atas segala nya . meski dia telah pergi bertemu Mu , aku tetap merindui yang saban waktu . syukran Ya Rabb kerana Engkau memberi aku ruang dan waktu untuk merasai kasih sayang tidak terhingga dari wanita itu . 

sungguh .. saat aku tahu bahawa aku akan hilang segala belaian dan kasih sayang nya aku lemah . sungguh .. aku tidak mampu menerima berita itu . sungguh .. yang aku rasakan saat itu hanya lah aku mahu bangkit dari mimpi ngeri itu . sungguh .. hingga saat ini yang aku harapkan aku sedang bermimpi Ya Rabb . dan aku mahu saat aku tersedar kelak wanita itu ada di sisiku . namun .. aku sedar Ya Rabb .. bukan semua mimpi itu indah dan bukan semua yang kita inginkan menjadi kenyataan .


al-Fatihah . Rose binti Aris [08.11.1953 - 25.07.2015] 

kini .. aku belajar untuk redha sesungguh nya dengan ketentuan Mu . kerana Engkau telah menggantikan nya dengan insan yang aku tidak pernah duga mampu untuk aku sayangi . insan yang aku harapkan akan hadir di sisi ku sedari aku kecil . insan yang kasih sayang nya tidak pernah aku kecapi . abang .. sungguh aku teringin untuk memiliki nya . sungguh .. aku mahu merasai kasih sayang seorang insan bernama abang . 

perit dan kosong kehidupanku meniti hari-hari menjadi seorang anak tunggal . dulu .. saban hari aku menangis di waktu kelam meratap hariku tanpa gurauan dan pergaduhan dengan orang yang aku gelar sebagai sibling . sungguh .. hatiku pilu saat menatap wajah ibu tika aku bertanya tentang hal itu . kerna itu , aku lebih rela untuk meratapnya sendiri . kini ..seorang abang yang aku tidak pernah sesekali menduga hadir dalam hidupku . menemani dan terus menemani ku . syukran Ya Rabb kerana Engkau menganugerahkan aku seorang abang untuk aku merasai hari-hari indah dengan kasih sayang nya . aku lemah saat mendengar betapa indah nya teman-teman bercerita tentang kehidupannya bersama insan-insan bergelar abang , kakak mahupun adik .sungguh .. hatiku tercalar Ya Rabb . 

sungguh .. aku harapkan kebahagiaan ini tidak sesekali meninggalkan ku . kau bawa pergi insan yang ku sayangi selama 18 tahun kehidupanku dan menggantikan nya dengan seorang insan bergelar abang . sungguh .. wajah ibu ku amati saat aku berbicara tentang abang . 

cinta .. hingga saat dan tika ini sungguh aku tidak mengerti apa itu cinta . kerna cinta yang diberi penuh dusta . sungguh .. aku tidak mahu lagi terus sakit . jangan biarkan aku sakit untuk yang ke sekian kali nya Ya Rabb . lindungilah hatiku . aku redha dan pasrah atas ketentuan Mu . saat ini .. aku mohon pada Mu Ya Rabb . pimpin lah aku yang buta ini . kerna aku tidak mahu sakit lagi Ya Rabb . izin kan aku meniti hari-hari mendatang hanya dengan Mu . meski aku keseorangan , aku tahu suatu hari nanti akan ada insan yang datang untuk memimpin ku ke jalan Mu . Allahu .. sesungguhnya hati ini tetap untuknya , bakal zauj . 

love ,
miss mustache :*

Tuesday, 21 April 2015

I'm a Student !!

ASSALAMUALAIKUM 


haii uolss *lambai lambai* lama dah tak meng UPDATE blog kesayangan kita nie . haha xD banyak entry nak ditulis . disebabkan kekangan masa dan internet yang tak berapa nak betul , so semua tu terpaksa lah di tangguh kan . so now kita update lh blog nie ye ? heheheh 

now , i'm a student . alhamdulillah rasa bertuah dapat rasa jadi student college . walaupon dah pernah rasa before nie tapi dapat study sesama dengan kawan kawan satu sekolah , satu kampung , rasa lagi best . haha xP 

well , kalau dah nama nye kawan . mustahil lah kan kalau tak gadoh . even just a small problem kata orang --" but now , everything was solved :) at first malu lh jugak sebab kitorang ada dua kawan serumah yang baru . but it's okay . kami bukan geng propa :p 

alhamdulillah happy sangat dapat study dekat sini . even jauh dengan parents but it's okay . my second experiences . boleh lah nak adapt dengan suasana dekat sekitar sini . 

so , it's make us more close actually :') kitorang dapat kenal satu sama lain . rasa macam takyah la kott nak share lagi banyak pasal kitorang kat sini . plus , taknak pon cite kat korang aku study kat mana , duduk kat mana . senang cite nak cakap yang kitorang duduk salah satu apartment kat KL nie :p haha taknak cite future nanti jealous melampau lampau pulokk . haha xD nak share story jerr . gambor boleh tengok kat fb or twitter je lah ye :p 

ready to back home :) see you soon . bye 

love ,
miss mustache :*

Wednesday, 11 March 2015

Drama Achiever 4

ASSALAMUALAIKUM 


second entry for tonight ! btw ada orang merajuk dengan aku malam nie . siapa lah tu . haha xP tak payah la nak merajuk sangat weii . relax relax lah . peace yoww :) 

nak cerita pasal Drama Competition English Language Centre . nak show off sikit nie . class aku dapat nombor tiga . wuuu kau hado :p plus kitorang dapat best adaptation . nampak tak yang class aku nie expert gila bab acting acting ? almaklum lah class Achiever 4 tuh class propaganda . apa tah lagi ada Cik Kiah propa in the class . haha 

err rasa macam orang gila pulak aku nie . tulis entry macam kelakar tapi air mata turun . ehh mata gwa leaking . wuu ajaib nye --" aduh apa nie ? apa nie ? henti kan segala drama air mata *scream out* umm rindu budak-budak Achiever 4 yang gila . haha xD 

weii bila boleh pergi rooftop dengan korang ? umm topik rooftop yang tak pernah lekang dari mulut budak-budak Achiever 4 . takkan lekang selagi hajat memasing tak sampai . rindu nya kat korang . huwaaaa :'( rindu nak gelak-gelak gila dengan korang . rindu nak makan semeja every lunch . rindu nak practise drama every night *even aku malas tahap infiniti nak turun practise * 

malas lah sebab aku takde function pon nak kena turun . btw aku tak sangka ada jugak nak suruh aku sumbang kan suara aku yang tahap monster sesat nie untuk drama . menjadi jugak uolss . haha xP tak perlu kott nak share gambar behind the scene drama kitorang memandang kan Miss Bunny dah share kat blog dia . aku share gambar sepanjang drama berlangsung je :) ehh kejap . title drama kitorang nie Bloody Marry - Breaking the Mirror . siap ada poster lagi uolls . tampal satu kolej . wuuuu *bangga mak* haha 

Beauty won't last forever . HAHA 


old Bloody Marry . memang terbaik lah Deanial . 


kesian bebudak nie kena marah dengan old butler . sumpah real kena marah . 
terbaikkkk :) 


young butler and young Marry . so sweet uolls . sampai kan merah la muka someone tu sebab 
jealous . aku pon confuse kenapa --" kahkahkah


part paling sweet dalam drama kitorang . tak nampak unsur-unsur 
horror pon . ngeh ngeh 



end of our drama . nyanyi lagu A Thousand Years weii . lagu favourite gwa 
*muka excited* 

our beloved narrators - Hajar chumel and Miss World Izatul :) 


lepas competition . muka aku dengan Syapik takde . terasa kekurangan nya 
di situ . hahahaha xP 

petang nye pulak ada sesi paling sedih - last words . aku paling benci part nie actually sebab aku tahu aku tak kuat nak bagi last word . confirm jadi drama air mata . huwaaaa :'( 


nampak tak muka excited Syapik pegang hadiah . haha xD


Mr Tyler dan tongkat sakti nya . hoho


err aku taktahu macam mana gambar nie boleh terselit -,- 
btw , mata Izatul bergenang time tu *cehh kutuk orang*


our beautiful teacher - Miss Theva


pengagihan kotak jajan . hadiah best adaptation 


taraa ... our magic box ! kotak jajan --" 
hadiah Best Adaptation . wuuu *big applause* 


hadiah 3rd place Drama Competition 

p/s : until now , aku masih berharap dapat pergi rooftop dengan budak-budak class . semoga harapan dan hajat kami mencapai kejayaan . AMIN ... 


love , 
miss mustache :*

Monday, 2 March 2015

Family Farewell Party

ASSALAMUALAIKUM

Haii olls . course kita dah habis . sedehhhhhhh :( 3 hari duduk rumah and i miss them damn much ! kalau lah boleh jumpa diorang all the time macam selalu . i hate that last day - give the last words for the last time to all of them . baru sepatah dua word yang keluar dah nangis . ohh so weak of me ! aku tak boleh tinggal kn diorang . rasa sedih sangat walaupun a day before drama dah keluar satu class and menggila dekat food court Giant . 

plan asal nak buat farewell party dekat lake depan kolej tapi tetiba hujan turun dengan lebatnya bersama guruh . wuuu so scared . dah lah gwa takut guruh --" tapi luckly mama Jelly ada dengan kita . so sweet of you , mama :* 

so , jom kita usha gambar-ii yang sempat diambil sepanjang farewell part berjalan . pergh ayat skema weii -,- 



memasing excited tunggu makanan sampai . kebuluq weii . dah la time tuh hujan lebat dengan aircond nya lagi . aku pon dah macam apa je time tu . lapar weii :p 


taktahu la diorang sedar ke tak aku snap gambar nie . haha sorry guys :* 


letter dari budak-budak class . 60% cakap pasal Luqman . huish blushing woo time baca tuh . best moment sebab baca dekat KLCC and ada Luqman . opps :p 30% cakap gwa sombong first time jumpa .  rabak hati baca . huwaaaaa :'( kita bukan sombong lah sayang-sayang sekalian . time tu takleh terima hakikat yang kita kena jauh dgn member lama . tapi lepas kenal korang , aku sayang korang sangat-sangat weii :) 10% cakap pasal blog . thankz for supporting me :* 


birthday cake . wuuu untung lah Paan . terkejut tak time tuh ? special for you tau :) 



nyum nyum . ummm sedap nye . nak lagi boleh :) haha xD mama Jelly suap kn kita makanan time tuh . wuuu so sweet xP aku harap dapat gathering and makan-makan macam nie lagi :') 


kitorang ada exchange hadiah masa farewell party tuh . limit harga tak perlu bagitahu kott . badget student jerr . so sad . huhu xD


kita dapat hadiah birthday boy :') 




nampak tak muka kekenyangan and excited memasing ? haha 

p/s : guys , aku sayang korang sangat-sangat . terima kasih sebab lengkapkan kekurangan yang aku ada dengan family yang complicated nie . kalau diberi pilihan , aku taknak berpisah dengan korang sebab aku sayang korang . sorry for all bad things i've done . sorry sebab jadi sombong masa awal-awal jumpa . now , aku nak korang tarik balik kata-kata korang tuh . don't call me SOMBONG again ! okay :) aku harap korang menyesal sebab cakap aku sombong . kahkahkah . thankz for the smile and tears we had together . love till Jannah

love , 
miss mustache :* 

Saturday, 21 February 2015

blogging is apart of my life

ASSALAMUALAIKUM




blogging have been apart of my life . i love blogging . i love to share about myself and also my experiences . blogging has become apart of me since i've been involved in it . from the day i've started blogging , i've already wrote about 20 entries in my blog . blogging helps me release my stress , when i'm in stress , i'll write a new entry . it also express my feeling towards someone or something . i've been blogging since 2014 but i've stopped blogging after August as i want to focus on my study . i've already fallen in love with blogging since i was in form 3 . my favourite blogger is Fatin Liyana Asri . she is a famous blogger and the top 6th google fastest rising people in 2011 . she loves to share her experiences in fashion , tips , travel guides and the most i like is her experiences travelling in other countries . she has been featured in many magazines and newspapers since she's became a well-known blogger . my blog's name is miss mustache . i'd love to share my blog to all my classmates as they like really want to read mine . unfortunately , i'll only share it at the end of this course . i have to update my blog and write new entries before i'll give my blog's website to them . i'm also want to practise my writing skill in my blog . i'll start writing my entries in English as it will be easier for my reader especially my new one , Mr Tyler :) 




p/s : checked my lecturer , Mr Tyler . thanks checked it , sir ! 


love , 
miss mustache :*

FAMILY ACHIEVER 4

ASSALAMUALAIKUM 

Haii olls :) second post for today ! excited nak tulis lepas berusaha mengumpul kekuatan . i'm not that strong . sedih tu masih ada lagi-lagi bila Yana macam tu dalam group whatsapp . she makes me weak ! and she's really, really weak !! nvm , yang hidup mesti teruskan . perjalanan masih panjang :) 

i've got a big family when i'm in KYF . such a big family ! actually, it's a big and complicated family too . haha ! 

 

my big , complicated family tree :) i don't even know how it's start . once you get involved in this family , your life will be ruin and you'll be in a big , big , big problem . haha ! 


let's start from the eldest one . my GGP Midi and GGM Leha with their children ! yeayyyyy :) pertemuan semula antara dua orang kawan . it's surprised us a lot ! they were friends in kindergarten and that's made them as the eldest . cute couple :') 


another couple in the class . rumour spreading :) kata nye Paan suka Mar tapi tak tahu betul ke tak . sorry :) i guess it's right sebab diorang pon jadi husband and wife dalam complicated family nie . kalau betul , dah confirm nanti jangan lupa ajak cucu nie makan nasi minyak :) 


Harraz and his four wives . such a greedy man ! Imah , the fisrt wife busy with politics since she's became MPP but also a good mother to Jelly (my mother) . Jelly took me and Izatul as her adopted daughters because she doesn't want to be married . but , she always neglected me and Izatul . also , she sometimes asked us to go away from her life . such a bad mother ever ! Masturina , second wife busy with their syndrome down children , Athirah and Deanial . Nazlia busy with her adopted son , Syafiq . and his fourth wife , Irah is a gold-digger ! busy with shopping all the time . haha ! this is the most complicated family . 


i don't know where's they come from . haha ! Yuszaimie and Intan divorced because Yuszaimie had a scandal with Medilyne . Intan neglected Syafiq and gave him to Nazlia . then , Yuszaimie married Medilyne and they had a baby named Syahmie aka Syasya . haha !


 like what Syafiq had said , we are not KAWAN , we are not SAHABAT but we are FAMILY . Achiever 4 family :) i'm appreciate that you're here to be my friends and of course, my big family . i've had no siblings but when i knew that i've involved in this family , i'm totally really happy . thanks for being my friends and my family . you make my life cheerful with your laugh , tears and all silly jokes . 

love , 
miss mustache :*

perginya seorang insan bernama SAHABAT

ASSALAMUALAIKUM 

Haii guys :) such a long time i've not updating my blog . dua minggu sebelum cuti Chinese New Year dah excited nak update blog . thankz to my friends in Achiever 4 :') diorang yang beria sangat nak baca blog aku yang dah berkurun tak di update . tak up to date dah blog kesayangan gwa nie . hoho 

actually , i'm not in a good mood right now . i've lost my friend . friend that i've known for only a few months but he's such a really, really good friend . glad to know him :) Allah loves him more than us . HE took him at the time we've never expect . 


he's the one who's wearing the school uniform :) 

SAHABAT 

datang mu tanpa ku duga
hilang mu tanpa pengganti
kau hadir tanpa di pinta
kau pergi tanpa salam
hadir mu sebagai penyeri
hilang mu memberi erti
kau lah sabahat
kau lah teman
kau lah keluarga
semoga kau tenang bersama pencipta
kami disini mendokan kesejahteraan mu teman

love , 
miss mustache :*