Thursday 12 November 2015

Book Review #1 Signal Hati

Assalamualaikum ...

Lama dah tak tulis entry dalam blog kesayangan ni . Maklum la sejak jadi student ni busy manjang ! Busy pergi class , busy siapkan assignment , busy berjalan cuci mata . opps ! haha .

Actually mata ni rasa berat . Dari tadi nak tidur tak dapat semata sebab nak habiskan novel yang aku baru beli haritu . Sungguh gigih seorang Izzatul Amira ni . haha !

Memandangkan dah habis baca , so aku nak review sikit lah pasal novel ni . So far , this is one of novels yang aku baca tak ada watak orang ketiga dalam dia . So interesting !

Novel ni mengisahkan pasal sorang girl ni . Nama dia Siti Qaisara . Tersangatlah kasar , panas baran . Macam orang jantan lah perangai dia . Dia ada sorang sepupu nama Naqib and sorang sahabat baik nama Anas . Qaisara dan Naqib tersangatlah tak sebulu . Asal berjumpa mesti berperang . One day tu tanpa kerelaan hati dia terpaksa dikahwinkan dengan Anas disebabkan satu kejadian yang dia sendiri tak sangka boleh berlaku .

Tapi jodoh mereka tak panjang . Anas dan Qaisara akhirnya bercerai . Tak lama lepastu Naqib ambil keputusan untuk jadikan Qiasara sebagai isteri . Pelik kan macam mana musuh ketat boleh jadi suami isteri ? Kenapa Naqib buat keputusan nak kahwin dengan Qaisara ? Qaisara terima ke musuh ketat dia sejak kecil tu jadi suami dia ? Boleh ke mereka tinggal sebumbung ? Haa kalau nak tahu cepat dapatkan novel ni dekat kedai buku berhampiran sebelum terlambat . *dah macam promoter pulak*

Penulis lebihkan nilai kekeluargaan dan persahabatan dalam tulisan dia . Congrats to the writer sebab berjaya ubah emosi aku dalam sekelip mata ! Sekejap menangis lepastu gelak sensorang . Lepastu pulak boleh tersengih . haha !

Aku nak share sikit antara dialog yang suka dalam novel ni .
" Macam tak ada tempat lain yang kau nak lepak. Kat sini jugalah kau nak menyibuk! Semak tau tak? " - Qaisara
"Kau jangan terkejut kalau aku akan terus kacau kau seumur hidup! " - Naqib

First time aku jumpa novel ni kat MPH dekat NU Sentral . Memang hati dah tergerak nak beli tapi tahan sebab esok tu aku nak pergi KLCC . So , aku decide beli kat sana jela . Tup tup , bila pergi Popular kat KLCC pekerja tu kata dah takde stok . Pergh memang menyesal sebab tak beli dekat NU .

Kebetulan hari Isnin haritu aku pergi NU . Ha ! Dah ada chance terus ajak member singgah MPH . Nampak je novel ni terus sambar . Pergh tinggal sebuah je ! Nasib cepat . Fuh lega !

Bila dah baca memang rasa tak rugi lah beli . Fyi , novel nie baru je keluar bulan ni . Memang baru sangat . Novel ni kelima penulis ni , Sha Ibrahim.

Tersangatlah puas hati !

See you soon . Bye

No comments:

Post a Comment