Monday, 7 July 2014

aku tewas ya ALLAH !

Assalamualaikum 


kenapa aku mesti menangisi kebahagiaan dia sedangkan aku telah melukakan hati nya suatu masa dulu ? ALLAH ! apa kah ini balasan Mu kepada ku di atas dosa yang telah aku lakukan ? aku tak kuat ya Allah ! aku tak kuat ! aku tak kuat menghadapi setiap dugaan yang kau berikan pada ku tanpa bantuan dan sokongan Mu Allah ! 

walaupon hati aku terisi dengan ada nya insan lain yang menyayangi aku , namun jauh di sudut hati ini aku masih berharap pada nya . berharap yang dia akan kembali untuk menghadiah kan kembali kasih sayang yang pernah diberikan suatu ketika dahulu . tapi mungkin kah dia kan kembali ?? berbulan aku menanti dan mencari jawapannya dan pada hari ini [7 Julai 2014] aku berjaya menemui jawapan yang sekian lama aku cari . TIDAK ! dia tak mungkin akan berada di sisi ku . tak mungkin dia akan memilih aku sebagai makmum nya sedangkan dia telah menemui seorang makmum yang sempurna . yang mampu berada di sisi nya , menemani nya menyusuri jalan berduri dan berliku . 

bodoh kah aku kerana melepas kan orang yang begitu setia dan tulus menyayangi aku sepenuh hati nya Allah ? bodoh kah aku kerana membuat keputusan membuta tuli suatu ketika dulu ? aku berusaha untuk terus menanti dan menanti . namun aku hanya insan biasa yang acapkali tersungkur di jalan yang ku pilih sendiri  ! ALLAH ! sungguh besar sekali dugaan Mu pada ku ya Alah ! 

aku tak pernah menyayangi dan cuba untuk menyayangi insan lain yang bukan keluarga ku selain diri nya . aku tidak pernah menyayangi dia sekuat itu ya Allah ! 

adakah ini jawapan mengapa aku acapkali memikirkan nya tanpa ku sedari biar pon bukan dia yang berada di sisi ku kini ? Allah ! aku gembira kerana Kau berjaya membuka pintu hati nya untuk wanita lain . wanita yang boleh membahagia kan nya tanpa mensia-ii setiap air mata yang mengalir dari mata nya . lindungi lah mereka ya Allah . sesungguh nya aku berharap agar Kau menganugerah kan nya wanita terbaik kerana dia adalah lelaki terbaik yang pernah aku kenali ya Allah . 

syukran Alllah ! kerana kau pernah mengizin kan aku untuk berada di hati nya , berada di sisi nya walaupon bukan untuk tempoh yang lama . namun aku tetap bersyukur dengan setiap nikmat Mu ya Allah ! 

lindungi lah mereka dengan payung kebahagiaan Mu ya Allah ! sesungguh nya aku akan lebih berbahagia andai dia sempurna di bawah lindungan mu Allah ! 

aku lemah kerana menangisi dugaan mu Allah ! namun aku tetap berharap Kau akan melindungi nya sepertimana Kau melindungi diri ku . maaf kan aku Allah . aku tewas dalam perjalanan mencari redha Mu kerana aku longlai pada dugaan kecil Mu . 



love , 
miss mustache :*